Pendidikan Islam Tingkatan 3 : Definisi Ibadah

Pelajaran 5/17 | Masa belajar: 5 Min

Ibadah dalam Islam bermaksud segala perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan niat ikhlas untuk mendapatkan keredaan dan pahala daripada Allah SWT.


Ibadah bukan hanya terhadap kepada solat atau puasa sahaja, tetapi meliputi segala aspek kehidupan, sama ada amalan ritual mahupun perbuatan baik dalam kehidupan seharian.


Melalui ibadah, seorang hamba menunjukkan ketaatan, kesyukuran, dan penghormatan kepada Penciptanya.