🟨Wakaf
👉🏻Pengertian: Menahan harta yang boleh diambil manfaatnya untuk kegunaan umum atau kebajikan, tanpa menjual atau mewariskannya.
🌻Dalil: Surah Ali-Imran ayat 92, hadis-hadis tentang sedekah jariyah.
🌻Rukun Wakaf: Pewakaf, harta wakaf, lafaz wakaf, penerima manfaat.
✨Jenis:
👉🏻Wakaf am (untuk semua tujuan kebajikan).
👉🏻Wakaf khas (untuk tujuan tertentu).
✨Hikmah: Memajukan masyarakat, membantu golongan memerlukan, pahala berterusan.
🟨Hibah
👉🏻Pengertian: Pemberian harta secara sukarela kepada orang lain semasa masih hidup, tanpa balasan.
🌻Dalil: Surah an-Nisa ayat 4, hadis tentang memberi hadiah.
🌻Rukun Hibah: Pemberi hibah, penerima hibah, harta yang dihibahkan, lafaz hibah.
👉🏻Syarat Sah: Harta milik penuh pemberi, diserahkan dengan rela hati, diterima oleh penerima.
✨Hikmah: Mengeratkan silaturrahim, mengelakkan perebutan harta, mendapat keberkatan