Pendidikan Islam Tingkatan 4 : Hafazan

Pelajaran 1/21 | Masa belajar: 5 Min

🌟Hafazan 1 : Surah Al-An‘am ayat 162–163


Teks Ayat :


 قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162)
لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ (163)

🌟Maksud :


Katakanlah : “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan itu aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang pertama menyerah diri (kepada Allah).”


✨Pengajaran Ayat :


👉🏻Semua ibadah mesti dilakukan dengan ikhlas kerana Allah.


👉🏻Tauhidkan Allah tanpa menyekutukan-Nya.


👉🏻Hidup dan mati seorang Muslim adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah.

🌟Hafazan 2: Surah Al-Kahfi ayat 101–110


Teks Ayat :


 الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا (101)
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِن دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا (102)
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا (103)
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا (104)
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمْ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتْ أَعْمَٰلُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ وَزْنًا (105)
ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا۟ وَٱتَّخَذُوٓا۟ ءَايَٰتِى وَرُسُلِى هُزُوًا (106)
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّٰتُ ٱلْفِرْدَوْسِ نُزُلًا (107)
خَٰلِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا (108)
قُل لَّوْ كَانَ ٱلْبَحْرُ مِدَادًۭا لِّكَلِمَٰتِ رَبِّى لَنَفِدَ ٱلْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَٰتُ رَبِّى وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِۦ مَدَدًۭا (109)
قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌۭ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًۭا صَٰلِحًۭا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۭا (110)


🌟Maksud Ringkas :


Ayat-ayat ini mengingatkan bahawa orang yang lalai dari mengingati Allah akan menyesal di akhirat, dan mereka yang kufur akan mendapat balasan neraka. Orang beriman dan beramal soleh akan mendapat syurga Firdaus.


Barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Allah hendaklah beramal soleh dan tidak menyekutukan-Nya.


✨Pengajaran Ayat :


👉🏻Jangan lalai daripada mengingati Allah.


👉🏻Amal soleh mesti dilakukan dengan ikhlas.


👉🏻Syurga Firdaus adalah balasan untuk orang beriman dan beramal soleh.


👉🏻Tauhidkan Allah tanpa syirik.

Sales Campaign

Sales Campaign

We have a sales campaign on our promoted courses and products. You can purchase 150 products at a discounted price up to 50% discount.