Pendidikan Islam Tingkatan 4 : Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin

Pelajaran 14/21 | Masa belajar: 5 Min

1. Pengenalan


Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 11 Hijrah.


Istilah Khulafa’ Ar-Rasyidin bermaksud para khalifah yang mendapat petunjuk, kerana kepimpinan mereka berpandukan al-Quran dan Sunnah.


Tempoh pemerintahan ini berlangsung selama 30 tahun dan menjadi contoh kepimpinan Islam sepanjang zaman.


---


2. Senarai Khalifah & Tempoh Pemerintahan


1. Abu Bakar as-Siddiq (11–13 Hijrah)


2. Umar bin al-Khattab (13–23 Hijrah)


3. Uthman bin Affan (23–35 Hijrah)


4. Ali bin Abi Talib (35–40 Hijrah)


---


3. Sumbangan Setiap Khalifah


A. Abu Bakar as-Siddiq


👉🏻Memerangi golongan murtad, nabi palsu, dan mereka yang enggan membayar zakat.


👉🏻Mengarahkan pengumpulan mushaf al-Quran dalam satu naskhah.


👉🏻Menghantar tentera Islam ke Syam dan Iraq untuk menyebarkan dakwah.


B. Umar bin al-Khattab


👉🏻Meluaskan wilayah Islam ke Parsi, Syam, Mesir, dan Palestin.


👉🏻Menubuhkan baitulmal untuk mengurus kewangan negara.


👉🏻Memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah, kehakiman, dan cukai jizyah.


C. Utshman bin Affan


👉🏻Menyeragamkan mushaf al-Quran dan mengedarkannya ke wilayah Islam.


👉🏻Meluaskan wilayah Islam hingga Afrika Utara dan Cyprus.


👉🏻Memperluas Masjid Nabawi di Madinah.


D. Ali bin Abi Talib


👉🏻Memindahkan pusat pemerintahan ke Kufah, Iraq.


👉🏻Menghadapi cabaran fitnah dan peperangan saudara (Perang Jamal dan Perang Siffin).


👉🏻Menegakkan keadilan dan memelihara perpaduan umat walaupun berdepan konflik dalaman.


---


4. Kepentingan Mempelajari Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin


👉🏻Mencontohi sifat kepimpinan berlandaskan iman dan takwa.


👉🏻Menghargai pengorbanan para sahabat dalam mempertahankan agama.


👉🏻Memahami perkembangan awal pentadbiran, politik, dan penyebaran Islam.


👉🏻Mengambil pengajaran daripada cabaran dan fitnah yang dihadapi.